Kuala Lumpur: Pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu akan diadakan dalam tempoh 60 hari mulai hari ini, berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, semalam.
Info: Berita Harian - Thursday, June 27, 2013
Pilihan raya kecil Kuala Besut ditetapkan pada pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai - kedua-duanya pada bulan Ramadan.
Info: Malaysiakini – Fri, Jul 5, 2013
KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini, akibat kanser paru-paru.
Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman ketika mengesahkan perkara itu, berkata Allahyarham dimasukkan ke HSNZ pada Khamis lepas.
"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
A. Rahman, 55, juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak. Jenazah dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said juga memaklumkan mengenai kematian A. Rahman kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.
Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
Info: Bernama
没有评论:
发表评论